SEKOLAH KEBANGSAAN PENJOM KUALA LIPIS PAHANG ~ SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN TAHUN 2014

26 March 2010

Temasya Sukan SK Penjom 2010

Tarikh : 25 Mac 2010
Masa : 8.00 pagi-12.00 tengah hari
Tempat : Padang Perwira

Read More......

25 March 2010

Raptai Penuh Sukan Tahunan SK Penjom

Tarikh : 24 Mac 2010
Masa : 8.00 pagi-12.00 tngah hari
Hari : Khamis
Tempat : Padang Perwira
Acara : Raptai Penuh Sukan SK Penjom



Read More......

19 March 2010

Hari ICT di SMK PGAS....

Tarikh : 18hb & 19hb Mac 2010
Hari : Khamis dan Jumaat
Masa : 8.30 pagi-4.30 petang
Tempat : Sekolah Menengah Kebangsaan Panglima Garang



SELAMAT HARI ICT... Fasilitator dari daerah Lipis dan Raub telah bekerjasama untuk menjayakan Program Pembestarian ICT di mukim budu.. Seramai 14 orang fasilitator telah menjayakan program tersebut. Diharapkan program seperti ini dapat dijayakan di sekolah yang lain pada masa akan datang... InsyaAllah....

Read More......

15 March 2010

Program Cuti Sekolah...

Cuti Sekolah datang lagi.... Ramai pelajar dan bekas pelajar SK Penjom datang ke sekolah untuk menyiapkan tugasan sekolah dan juga mencari maklumat. Kedatangan para pelajar ini sangat dialu-alukan oleh warga SK Penjom. Diharapkan pembukaan makmal komputer masa musim cuti sekolah ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelajar, bekas pelajar dan juga guru bagi memenuhi masa lapang dengan perkara-perkara yang lebih berfaedah. Secara tidak langsung, ini dapat meningkatkan tahap kemahiran ICT dikalangan pelajar dan bekas pelajar SK Penjom.

Read More......

13 March 2010

Selamat Bercuti...

Selamat bercuti kepada pelajar-pelajar SK Penjom dan juga para guru yang turut merasai kegembiraan cuti sekolah... Walaupun cuti sekolah, para pelajar darjah 6 perlu menghadiri kelas bimbingan UPSR yang akan diadakan sepanjang cuti sekolah ini. Perjuangan perlu diteruskan dan usaha yang kuat perlu dicurahkan untuk memperolehi keputusan yang cemerlang dalam UPSR nanti.

Read More......

Penempatan Murid sesi 2010-2011

PETEMPATAN MURID KE TAHUN SATU UNTUK SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2010-2011

Syarat-Syarat:
Lahir pada 02.02.2004-01.01.2005 (Kemasukan Pra Sekolah)
Lahir pada 02.01.2005-01.01.2006 (Kemasukan Tahun 1)

Pengesahan Masuk Boleh Dibuat Pada Tarikh, Tempat dan Masa Seperti di Bawah :
Tarikh : 15 Mac 2010-15 April 2010
Tempat : Pejabat SK Penjom
Masa : 8.00 pagi-4.30 petang



Read More......

09 March 2010

Salam Maulidur Rasul....

Tanggal 5 Mac 2010, SK Penjom telah menjayakan Sambutan Maulidur Rasul dengan kerjasama AJK Masjid Batu 6. Seramai lebih kurang 450 orang penduduk kampung dan warga SK Penjom telah melibatkan diri dalam menjayakan Majlis sambutan ini. Majlis ini dimulakan dengan perarakan sambil berselawat sejauh 1 km dari padang sekolah menuju ke masjid Penjom. Selain itu, ada juga pertandingan sepanduk tercantik, persembahan nasyid daripada kanak-kanak tabika kemas dan murid SK Penjom, tazkirah dan ceramah maulidur rasul. Acara ini merupakan julung kali diadakan yang melibatkan kolaborasi antara pihak sekolah dengan jawatankuasa masjid. Di samping itu, guru SK Penjom juga telah menjadi juruacara majlis dan menyampaikan tazkirah bagi melancarkan lagi acara majlis.








Berarak sambil Berselawat....








Pertandingan Sepanduk Tercantik....








Hasil Karya Para Pelajar SK Penjom...

Read More......

Kempen Tak Nak Merokok...

Nama Program : Kempen Tak Nak Merokok
Tarikh Perlancaran : 1 Februari 2010
Tempat Perlancaran : Dataran Perhimpunan SK Penjom
Dirasmikan Oleh : En. Mohd Rosmi b Mohd Din
Penyelaras Program : En.Muzaimi b Mohamed Isa













Kempen Tak Nak Merokok yang dilancarkan pada 1 Februari 2010 ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal mengenai bahaya rokok kepada para pelajar SK Penjom. Diharapkan dengan kewujudan kempen Tak Nak Merokok ini bukan sahaja dapat memberi kesedaran kepada para pelajar tentang bahaya rokok tetapi juga memberi kesedaran kepada para guru mengenai bahayanya rokok. Kempen ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia, Guru Besar SK Penjom.

Read More......

Selamat Kembali Warga SK Penjom....


Barisan Guru Dan Staff SK Penjom Sesi 2010
Di seni bermulanya... Kita menabur bakti. Mencurahkan segala ilmu dan daya usaha yang ada untuk mendidik anak bangsa supaya menjadi insan yang berguna pada masa akan datang...




Read More......

Kursus ICT

Tarikh :3hb Nov-3Disember 2009
Masa : 9 pagi- 12 tengah hari

Read More......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...