SEKOLAH KEBANGSAAN PENJOM KUALA LIPIS PAHANG ~ SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN TAHUN 2014

26 May 2010

Rombongan SK Penjom





SK Penjom telah mengadakan rombongan ke Gambang, Kuantan untuk semua pelajar darjah 6. Rombongan tersebut telah diadakan pada 20hb Mei 2010.


Read More......

25 May 2010

Majlis Perpisahan


Ustaz Zakaria....

Cikgu Shahroni...

Bulan ini sahaja, SK Penjom telah kehilangan 2 orang guru yang telah menyumbangkan begitu besar baktinya kepada guru dan pelajar SK Penjom. Nama Ustaz Zakaria bin Omar dan Cikgu Shaharoni bin Salleh merupakan satu nama yang tidak asing lagi sikalangan warga Penjom. Ustaz Zakaria telah lama berkhidmat di SK Penjom dan merupakan seorang ustaz yang disegani dikalangan warga Penjom. Cikgu Shaharoni merupakan bekas pelajar SK Penjom dan baru sahaja berbakti di SK Penjom awal tahun ini. Walaubagaimanapun niatnya untuk berbakti SK Penjom tidak lama apabila beliau dinakkan pangkat menjadi Guru Penolong Kanan 1 di SK Tanah Rata, Cameron Highlands.


Read More......

19 May 2010

Sambutan Hari Guru SK Penjom












Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Kebangsaan Penjom telah diadakan pada 18hb Mei 2010 yang lalu. Majlis tersebut dipengerusikan oleh En. Muhd Khairi dan En. Muzaimi. Majlis dimulakan dengan bacaan yassin oleh guru-guru dan para pelajar yang telah diketuai oleh Ustaz Zakaria.

Read More......

17 May 2010

Gotong Royong SK Penjom

SK Penjom telah mengadakan Gotong Royong Perdana pada 15 Mei yang lalu untuk menceriakan dan memperindahkan lagi sekolah. Semua guru dan kakitangan SK Penjom telah menyumbangkan bakti untuk memperindahkan lagi kelas masing-masing.

Read More......

12 May 2010

Kelas-kelas Ceria

Kelas-kelas ceria SK Penjom... Bagi mewujudkan suasana harmoni dan menanamkan sifat minat membaca dikalangan para pelajar, guru-guru SK penjom telah bertungkus lumus menceriakan lagi kelas masing-masing. Diharapkan, suasana kelas yang ceria dan harmoni ini dapat menaikkan lagi minat murid-murid belajar supaya belajar dengan lebih bersungguh-sungguh.















Read More......

Cikgu Hafisz Lagi...















Read More......

04 May 2010

5hb Mei 2010

Cikgu Hafidz sedang berusaha menyiapkan projeknyer.... Selamat Berjaya!!!!


Read More......

Program Galakan Membaca

NAMA PROGRAM : PROGRAM GALAKAN MEMBACA ( PERTANDINGAN BERCERITA )
TARIKH : 29HB APRIL 2010 ( JUMAAT )
MASA : 8.00 PG - 1.00 PTG
TEMPAT : PUSAT SUMBER KG. PENJOM

Pada 29 hb April 2010 bersamaan hari Jumaat yang lalu, murid-murid SK Penjom telah menyertai Pertandingan Bercerita sempena Program Galakan Membaca anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat Daerah Lipis. Program tersebut telah dirasmikan oleh Jumaliah bt Mohamed Ali, Pegawai KEMAS Daerah Lipis.
Pertandingan bercerita ini dibahagikan kepada 2 kategori iaitu kategori pertama yang disertai oleh murid-murid darjah 1,2 dan 3 dan kategori kedua disertai oleh murid-murid darjah 4 dan 5.

Johan bagi kategori pertama adalah Nurul Farhani Khairani, Naib Johan dimenangi oleh Hani Fasihah bt Mohd Shaifuddin dan Tempat Ketiga dimenangi oleh Nuwairah Imanina Anuar. Johan kategori Kedua pula dimenangi oleh Ajmal Hafizi Abd Razak. Naib Johan, Noor Leli Erita Zulwan dan tempat ketiga dimenangi oleh Nur Fatimah Amiruddin.
PEMENANG KATEGORI PERTAMA

Johan Kategori Pertama : Nurul Farhani Khairi


NAIB JOHAN : HANI FASIHAH =)(= TEMPAT KE-3 : NUWAIRAH IMANINA

JOHAN KATEGORI KEDUA

JOHAN : AJMAL HAIZI ABD RAZAK



NAIB JOHAN : NOOR LELI ERITA * TEMPAT KE-3 : NUR FATIMAH

Read More......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...