SEKOLAH KEBANGSAAN PENJOM KUALA LIPIS PAHANG ~ SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN TAHUN 2014

30 April 2010

Aktiviti Menceriakan Sekolah


Read More......

Dewan Baru SK Penjom


Dewan Baru SK Penjom....

Read More......

27 April 2010

HARI PUTERI PPIM PERINGKAT NEGERI PAHANG

Tarikh : 24 April 2010
Hari : Sabtu
Masa : 7.45 a.m - 2.00 p.m

Pada 24 April 2010 bersamaan dengan hari Sabtu yang lepas, IPGM Tengku Ampuan Afzan telah mengadakan Hari Puteri PPIM Peringkat Negeri Pahang yang dirasmikan oleh Y.M Tengku Tan Sri Hajah Meriam Binti Ahmad Shah. Sebanyak 10 buah daerah dari seluruh negeri Pahang termasuk SK Penjom telah menyertai program tersebut.

Seramai 12 orang murid telah menyertai hari tersebut iaitu Nur Syahidani bt Mohd Fauzi, Farihah Awatif bt Abd Aziz, Nur Zahirah bt. Yamikazam, Munirah bt Ahmad Nadazari, Zanorrasyidah bt Zulkepli, Nurin Fahida bt Ahdul Fatah, Zaireen Nadia bt Zailani, Nur Husna bt Yusni, Nur Amira Natasha bt Mohd Dewan, Nurfatihah bt Mohd Fuzi, Nur Farihah bt Mohd Zain dan Fathin Nur Syamira bt Mohd Sairuddin.

SK Penjom telah menghantar wakil untuk pertandingan kolaj berasaskan kuaci yang bertemakan alam sekitar iaitu Farihah Awatif bt Abd Aziz dan Nur Syahidani bt Mohd Fauzi. SK Penjom berjaya mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan tersebut.




Read More......

23 April 2010

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW BAWAH 12 TAHUN MSSM LIPIS 2010

Tarikh: 15hb April 2010
Masa : 8.00 pg- 12.30 tengah hari
Tempat : Gelanggang Sepak Takraw SK Penjom.

Pada hari Khamis yang lepas, sekali lagi Kejohanan Sepak Takraw Bawah 12 Tahun MSSM telah diadakan. Kejohanan Sepak Takraw tersebut telah diadakan di gelanggang Sepak Takraw SK Penjom. Sebanyak 7 buah sekolah telah menyertai kejohanan tersebut. Setiap sekolah telah menghantar satu pasukan Sepak Takraw pada kejohanan tersebut. Sekolah tersebut adalah SK Lenjang, SK Betau, SK Kechau Tui, SK Jeram Landak, SK Limau Purut, SK Pagar Sabak dan SK Penjom sendiri yang telah menghantar 2 pasukan sepak takraw.

Pada Kejohanan tersebut, SK Kechau Tui telah memenangi menjadi johan. Tempat kedua pula dimenangi oleh Sk Lenjang dan SK Penjom telah memenangi tempat ketiga.





Read More......

20 April 2010

MAJLIS ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG YAYASAN PAHANG

Tanggal 29 Mac yang lalu, pelajar sekolah SK Penjom telah dijemput untuk menghadiri Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Yayasan Pahang Bagi Daerah Lipis, Peperiksaan Awam 2009. Majlis tersebut diadakan untuk memberi penghargaan kepada semua pelajar negeri Pahang yang cemerlang UPSR 2009. Semua pelajar cemerlang daerah lipis dijemput untuk menyertai majlis tersebut. Seramai 13 pelajar cemerlang UPSR 2009 SK Penjom telah dijemput menghadiri Majlis Tersebut. Diharapkan pelajar cemerlang ini akan terus cemerlang pada masa akan datang dan juga dapat menjadi penyuntik semangat kepada pelajar SK Penjom supaya Berjaya seperti mereka.




Read More......

02 April 2010

LADAP ICT

Tarikh : 1hb April 2010
Hari : Khamis
Masa : 2.30 petang-4.30 petang
Program : LADAP ICT - Program Penggunaan Nitro Pdf Profesional dan Penggunaan Flash Slideshow Builder.










Program LADAP ICT - Penggunaan Nitro Pdf Profesional dan Penggunaan Flash Slide Builder telah diadakan bertujuan untuk mengajar para guru mengedit dan mengubah dokumen pdf dan menggunakan Flash Slideshoe Builder untuk kegunaan seharian.
Program tersebut ditunjuk ajar oleh Fasilitator Schoolnet dan dibantu oleh Juruteknik ICT SK Penjom. Seramai 25 orang guru termasuk guru besar dan para GPK telah menyertai program berkenaan. Program ini bermula pada pukul 2.30 petang dan berakhir pada pukul 4.30 petang. Program ini diakhiri dengan jamuan makan yang telah disediakan oleh pembantu pra.





Read More......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...