SEKOLAH KEBANGSAAN PENJOM KUALA LIPIS PAHANG ~ SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN TAHUN 2014

27 April 2010

HARI PUTERI PPIM PERINGKAT NEGERI PAHANG

Tarikh : 24 April 2010
Hari : Sabtu
Masa : 7.45 a.m - 2.00 p.m

Pada 24 April 2010 bersamaan dengan hari Sabtu yang lepas, IPGM Tengku Ampuan Afzan telah mengadakan Hari Puteri PPIM Peringkat Negeri Pahang yang dirasmikan oleh Y.M Tengku Tan Sri Hajah Meriam Binti Ahmad Shah. Sebanyak 10 buah daerah dari seluruh negeri Pahang termasuk SK Penjom telah menyertai program tersebut.

Seramai 12 orang murid telah menyertai hari tersebut iaitu Nur Syahidani bt Mohd Fauzi, Farihah Awatif bt Abd Aziz, Nur Zahirah bt. Yamikazam, Munirah bt Ahmad Nadazari, Zanorrasyidah bt Zulkepli, Nurin Fahida bt Ahdul Fatah, Zaireen Nadia bt Zailani, Nur Husna bt Yusni, Nur Amira Natasha bt Mohd Dewan, Nurfatihah bt Mohd Fuzi, Nur Farihah bt Mohd Zain dan Fathin Nur Syamira bt Mohd Sairuddin.

SK Penjom telah menghantar wakil untuk pertandingan kolaj berasaskan kuaci yang bertemakan alam sekitar iaitu Farihah Awatif bt Abd Aziz dan Nur Syahidani bt Mohd Fauzi. SK Penjom berjaya mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan tersebut.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...