SEKOLAH KEBANGSAAN PENJOM KUALA LIPIS PAHANG ~ SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN TAHUN 2014

29 May 2012

SAPS ~ SILA ISI!

Markah peperiksaan Pertengahan Tahun 2012 sudah boleh dimasukkan ke dalam Laman Web SAPS. 
Tarikh tutup 22 JUN 2012 ~ harap maklum!

Read More......

28 May 2012

GOOD LUCK UNTUK GURU CEMERLANG!


25 MAY 2012 ~ Tarikh tutup permohonan untuk Guru Cemerlang Tahun 2012. Semoga berjaya kepad guru-guru SK Penjom yang sudah pun menghantar permohonan..sesungguhnya, anda memang layak!

kalau dapat ~ sila belanja makan di kantin huahuahua!!!


Read More......

e~PANGKAT ONLINE

Sistem e~pangkat untuk urusan kenaikan pangkat secara online. Semua urusan akan dilaksanakan oleh
GURU BESAR bagi memastikan semua urusan berjalan lancar untuk kenaikan pangkat Tahun 2012.


LAMAN e~PANGKAT:

Read More......

KURSUS KEPIMPINAN SEKOLAH



Read More......

27 May 2012

PENGHUNI TERAKHIR KAMPUNG PAGAR

KUALA LIPIS: Memang aneh apabila sebuah perkampungan yang pernah dihuni ratusan orang, kini sunyi sepi dan hanya tinggal dua beradik yang sudah mencapai usia emas masih setia mendiami kampung berkenaan.

Kampung Pagar di daerah ini pernah melahirkan ramai tokoh terkenal tanah air seperti bekas Menteri Luar, Allahyarham Tun Ghazali Shafie atau lebih dikenali sebagai ‘King Ghaz’ serta seorang pembesar Pahang, Kadi Ibrahim, namun seorang demi seorang penduduknya mengambil keputusan berpindah terutama selepas banjir besar pada Januari 1971. Selepas 1971, hanya tinggal Osman Ibrahim, 79, dan adiknya, Yaakob, 68, masih setia bermastautin di Kampung Pagar walaupun rumah mereka tiada kemudahan elektrik dan air paip.

Jika dulu, Kampung Pagar tidak ada bezanya dengan perkampungan lain di negara ini tetapi kini, sebahagian besarnya sudah boleh dianggap hutan rimba dan hanya kelihatan struktur bangunan masjid Kampung Pagar bagi membuktikan ia pernah didiami penduduk satu ketika dulu. Kampung Pagar pernah didiami 235 penduduk, namun banjir besar memusnahkan hampir keseluruhan kampung berkenaan hingga memaksa penduduk berpindah ke seberang sungai selepas Rancangan Penempatan Semula Banjir Kampung Pagar (RPSB) diwujudkan.

HARIAN METRO: http://www.hmetro.com.my/articles/Penghuniterakhir/Article

Read More......

LOGO HALAL JAKIM


Read More......

19 May 2012

Hari Guru!


Wishing You All...Happy Teacher's Day!

Read More......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...