SK Penjom telah mengadakan Gotong Royong Perdana pada 15 Mei yang lalu untuk menceriakan dan memperindahkan lagi sekolah. Semua guru dan kakitangan SK Penjom telah menyumbangkan bakti untuk memperindahkan lagi kelas masing-masing.
17 May 2010
Gotong Royong SK Penjom
12 May 2010
Kelas-kelas Ceria
Kelas-kelas ceria SK Penjom... Bagi mewujudkan suasana harmoni dan menanamkan sifat minat membaca dikalangan para pelajar, guru-guru SK penjom telah bertungkus lumus menceriakan lagi kelas masing-masing. Diharapkan, suasana kelas yang ceria dan harmoni ini dapat menaikkan lagi minat murid-murid belajar supaya belajar dengan lebih bersungguh-sungguh.
04 May 2010
Program Galakan Membaca
NAMA PROGRAM : PROGRAM GALAKAN MEMBACA ( PERTANDINGAN BERCERITA )
TARIKH : 29HB APRIL 2010 ( JUMAAT )
MASA : 8.00 PG - 1.00 PTG
TEMPAT : PUSAT SUMBER KG. PENJOM
TARIKH : 29HB APRIL 2010 ( JUMAAT )
MASA : 8.00 PG - 1.00 PTG
TEMPAT : PUSAT SUMBER KG. PENJOM
Pada 29 hb April 2010 bersamaan hari Jumaat yang lalu, murid-murid SK Penjom telah menyertai Pertandingan Bercerita sempena Program Galakan Membaca anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat Daerah Lipis. Program tersebut telah dirasmikan oleh Jumaliah bt Mohamed Ali, Pegawai KEMAS Daerah Lipis.
Pertandingan bercerita ini dibahagikan kepada 2 kategori iaitu kategori pertama yang disertai oleh murid-murid darjah 1,2 dan 3 dan kategori kedua disertai oleh murid-murid darjah 4 dan 5.
Johan bagi kategori pertama adalah Nurul Farhani Khairani, Naib Johan dimenangi oleh Hani Fasihah bt Mohd Shaifuddin dan Tempat Ketiga dimenangi oleh Nuwairah Imanina Anuar. Johan kategori Kedua pula dimenangi oleh Ajmal Hafizi Abd Razak. Naib Johan, Noor Leli Erita Zulwan dan tempat ketiga dimenangi oleh Nur Fatimah Amiruddin.
PEMENANG KATEGORI PERTAMA
Johan Kategori Pertama : Nurul Farhani Khairi
NAIB JOHAN : HANI FASIHAH =)(= TEMPAT KE-3 : NUWAIRAH IMANINA
JOHAN KATEGORI KEDUA
JOHAN : AJMAL HAIZI ABD RAZAK
NAIB JOHAN : NOOR LELI ERITA * TEMPAT KE-3 : NUR FATIMAH Read More......
30 April 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)















