21 June 2010
Majlis Penyerahan Dewan Terbuka SK Penjom
Majlis Penyerahan Dewan Terbuka SK Penjom daripada Koperasi peserta-peserta FELCRA Gugusan Sg. Pengawal Kuala Lipis Berhad kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (SK Penjom) telah dibuat pada 20hb Jun 2010 yang lalu bertempat di Bilik Mesyuarat SK Penjom. Pembinaan Dewan Terbuka SK Penjom ini mula dilaksanakan pada akhir tahun lepas dan siap sepenuhnya pada bulan April tahun ini. Dengan terlaksananya penyerahan dewan ini, maka warga SK Penjom dapat menggunakan Dewan ini sepenuhnya mulai hari ini.
19 June 2010
Mini Asrama Kembali Lagi.... =)

~Wajah-wajah Pelajar UPSR SK Penjom 2010~
Mini asrama SK Penjom kini kembali.... Mini asrama merupakan salah satu program kecemerlangan UPSR yang dilaksanakan di SK Penjom. Program mini asrama ini bermula pada 20 Jun 2010 sehingga bulan Ogos 2010. Diharapkan dengan adanya mini asrama ini, para pelajar dapat memanfaatkan lagi masa bersama dengan guru dan mengutip seberapa banyak ilmu dari guru untuk menghadapi UPSR nanti... =)
Selamat Kembali Ke Sekolah....
Selamat Kembali ke sekolah kepada semua pelajar SK Penjom. Dengan bermulanya kembali sesi persekolahan bagi pertengahan tahun 2010 ini diharapkan para pelajar SK Penjom akan lebih berusaha dan belajar bersungguh-sungguh lagi.. Dan juga kepada pelajar-pelajar darjah 6, teruskanlah berusaha dan belajar bersungguh-sungguh untuk menghadapi peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang semakin hampir. Semoga kalian semua mendapat keputusan yang bukan sahaja membanggakan kedua ibu bapa tetapi turut membanggakan sekolah.




Wajah-wajah ceria pelajar SK Penjom...
Majis Perpisahan Fauziah bt Md Zin
Pada 4hb Jun 2010 yang lalu, satu Majlis Perpisahan untuk Pn. Fauziah (Pembantu Tadbir SK Penjom) telah diadakan.
18 June 2010
Kantin Penjom Cantik dan Bersih!!!!
Murid Sihat Sekolah Ceria... Kantin SKP telah terbukti kebersihannya apabila telah dianugerahkan Kantin Gred A. Semoga gred ini terus berkekalan dan kebersihan dan keceriaan bukan hanya tertumpu kepada kantin sekolah sahaja tetapi juga keseluruhan kawasan sekolah...
26 May 2010
Rombongan SK Penjom
SK Penjom telah mengadakan rombongan ke Gambang, Kuantan untuk semua pelajar darjah 6. Rombongan tersebut telah diadakan pada 20hb Mei 2010.
Read More......
Read More......
Subscribe to:
Posts (Atom)














