Alhamdullillah... Program Ihya Ramadhan 2010 Sekolah Kebangsaan Penjom telah berjalan dengan lancar pada 20hb Ogos iaitu bersamaan dengan hari Jumaat yang lalu. Program Ihya Ramadhan ini diadakan untuk menyemai minat dan mendidik jiwa murid-murid untuk mendalami serta menghayati Al-Quran dan mengamalkan sunnah-Nya terutama di bulan Ramadhan yang mulia ini. Antara matlamat program ini adalah untuk melahirkan murid yang tahu membaca Al-Quran, menyemai semangat cintakan agama dan membentuk peribadi insan yang cemerlang di bulan Ramadhan.
Program Ihya Ramadhan ini adalah satu program pertandingan antara rumah sukan iaitu rumah merah, biru, hijau dan kuning. Setiap pelajar akan disaring dan hanya 2 pelajar yang terpilih untuk menyertai acara-acara yang telah ditetapkan.
Antara acara-acara yang dipertandingkan adalah :
1. Khutbah Jumaat
2. Azan (Tahap 1 dan 2)
3. Tulisan Jawi ( Tahap 1 dan 2)
4. Hafazan ( Tahap 1 dan 2)
No comments:
Post a Comment