SEKOLAH KEBANGSAAN PENJOM KUALA LIPIS PAHANG ~ SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN TAHUN 2014

02 August 2010

Program Semarak Kasih UPSR 2010


Program Semarak Kasih yang bertemakan Melahirkan Modal Insan Prihatin dan Cemerlang membawa maksud penglibatan dalam kekeluargaan yang erat dan motivasi secara berterusan di kalangan masyarakat bakal melahirkan individu yang berdisiplin dan berdaya saing yang meliputi nilai-nilai positif dalam diri.


Antara objektif program ini adalah:
  • Menerapkan budaya menjada hubungan kekeluargaan yang erat serta penglibatan yang lebih terancang dalam aktiviti masyarakat bagi menghadapi kehidupan sebenar yang bakal menjelang.
  • Mengekalkan lagi hubungan warga sekolah dengan masyarakat setempat barsama ahli keluarga bagi mengurangkan jurang yang wujud agar dapat memudahkan interaksi secara terus berlaku untuk mendapat kesan positif yang maksima.
  • Menggalakkan interaksi di kalangan guru-guru dan masyarakat setempat bagi menjalinkan hubungan sosial yang lebih baik secara berterusan.
  • Meningkatkan motivasi masyarakat dalam pendidikan, keselamatan juga tanggungjawab terhadap keluarga melalui pendekatan yang positif.

Cikgu Intan dan Cikgu Aisyah berusaha membakar ayam...


Persembahan Nasyid dari pelajar darjah 6.

Aktiviti sukaneka..

Mari membakar ayam...

Anda boleh melihat lebih banyak gambar menarik di galeri kami... =)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...