Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan yang akan berlangsung sepanjang bulan Oktober ini, marilah kita sama-sama menggunakan bahasa Melayu walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Bukan sahaja pada bulan Oktober, Insya-Allah pada bulan-bulan lain, bahasa Melayu tetap diutamakan.
Matlamat Bulan Bahasa 2010
Bulan Bahasa bertujuan untuk:
- menggalakkan masyarakat Melayu meningkatkan kebolehan berbahasa Melayu, menggunakan bahasa Melayu dengan betul dan berasa bangga setiap kali bertutur dalam bahasa Melayu; dan
- menyatukan dan menyelaraskan kegiatan-kegiatan bercorak kebahasaan di Singapura sehingga menjadi suatu kegiatan yang penting di peringkat masyarakat dan nasional.
No comments:
Post a Comment