SEKOLAH KEBANGSAAN PENJOM KUALA LIPIS PAHANG ~ SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN TAHUN 2014

12 October 2010

Perkhemahan Unit Beruniform SK Penjom 2010

Sk penjom akan mengadakan perkhemahan unit beruniform untuk tahap 2 pada 13, 14 dan 15 hb Oktober. Perkhemahan ini melibatkan kesemua pelajar tahap dua mengikut unit beruniform masing-masing. Unit Uniform yang terlibat adalah Tunas Puteri, Pengakap, Puteri Islam dan Kadet Remaja Sekolah.

Antara aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan :
• Pertandingan Khemah tercantik
• Ikhtiar hidup (4 Peserta)
• Membina Gajet (4 Peserta)
• Buku Skrap
• Malam Kebudayaan (10 Peserta)
• Gubahan Barang Terbuang
• Ikatan dan Simpulan (4 Peserta)
• Kawad kaki (16 Peserta)
• Explorace (12 Peserta)
• Pertolongan Cemas (4 Peserta)

Antara Gambar-gambar semasa latihan perkhemahan diadakan:




Latihan Malam Kebudayaan
Latihan Membina Gajet

Latihan Ikatan dan Simpulan

Latihan Ikatan dan Simpulan

Read More......

05 October 2010




Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan yang akan berlangsung sepanjang bulan Oktober ini, marilah kita sama-sama menggunakan bahasa Melayu walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Bukan sahaja pada bulan Oktober, Insya-Allah pada bulan-bulan lain, bahasa Melayu tetap diutamakan.

Matlamat Bulan Bahasa 2010

Bulan Bahasa bertujuan untuk:


  • menggalakkan masyarakat Melayu meningkatkan kebolehan berbahasa Melayu, menggunakan bahasa Melayu dengan betul dan berasa bangga setiap kali bertutur dalam bahasa Melayu; dan

  • menyatukan dan menyelaraskan kegiatan-kegiatan bercorak kebahasaan di Singapura sehingga menjadi suatu kegiatan yang penting di peringkat masyarakat dan nasional.

Read More......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...