SEKOLAH KEBANGSAAN PENJOM KUALA LIPIS PAHANG ~ SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN TAHUN 2014

27 September 2010

Debaran sebelum UPSR bermula...

Wajah-wajah debaran pelajar dan juga guru sebelum para pelajar menghadapi peperiksaan besar UPSR.








Read More......

23 September 2010

Semoga Berjaya Menghadapi Peperiksaan UPSR




Read More......

22 September 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada semua pelajar SK Penjom..
Majlis sambutan hari raya SK Penjom telah diadakan pada 15hb September 2010 bersamaan dengan hari Rabu... Majlis tersebut bermula pada pukul 8.00 pagi. Semua murid dan guru lengkap berpakaian raya pada hari berkenaan.





Read More......

01 September 2010

Majlis Sambutan Kemerdekaan ke-53


SK Penjom telah mengadakan Majlis Sambutan Kemerdekaan yang ke-53 pada 30 Ogos 2010 yang lalu bertempat di Dewan Terbuka SK Penjom. Majlis ini diadakan untuk menyemai semangat cintakan tanah air di kalangan para pelajar di samping mendedahkan kepada pelajar tentang erti kemerdekaan yang sebenar.

Juruacara bagi majlis tersebut adalah En. Khairi b Abd Rahman.
Bebera pa acara telah dipertandingkan pada hari berikut. Antara acara yang dipertandingkan adalah Pertandingan Mendeklamasikan Sajak (Tahap 1), Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik (Tahap 2), Public Speaking (Tahap 2) dan Children Song ( Tahap 1).

Pada Majlis tersebut juga telah diadakan penyampaian hadian untuk acara yang telah dipertandingkan dalam Majlis Ihya Ramadhan yang telah diadakan pada minggu sebelumnya. Kesemua pelajar telah diberi cenderamata tanda menghargai usaha yang telah ditunjukkan oleh mereka untuk menjayakan program tersebut.

Read More......

24 August 2010

Program Ihya Ramadhan


Alhamdullillah... Program Ihya Ramadhan 2010 Sekolah Kebangsaan Penjom telah berjalan dengan lancar pada 20hb Ogos iaitu bersamaan dengan hari Jumaat yang lalu. Program Ihya Ramadhan ini diadakan untuk menyemai minat dan mendidik jiwa murid-murid untuk mendalami serta menghayati Al-Quran dan mengamalkan sunnah-Nya terutama di bulan Ramadhan yang mulia ini. Antara matlamat program ini adalah untuk melahirkan murid yang tahu membaca Al-Quran, menyemai semangat cintakan agama dan membentuk peribadi insan yang cemerlang di bulan Ramadhan.

Program Ihya Ramadhan ini adalah satu program pertandingan antara rumah sukan iaitu rumah merah, biru, hijau dan kuning. Setiap pelajar akan disaring dan hanya 2 pelajar yang terpilih untuk menyertai acara-acara yang telah ditetapkan.

Antara acara-acara yang dipertandingkan adalah :

1. Khutbah Jumaat
2. Azan (Tahap 1 dan 2)
3. Tulisan Jawi ( Tahap 1 dan 2)
4. Hafazan ( Tahap 1 dan 2)


Read More......

16 August 2010

Tahukah Anda??? Siapakah Pencipta Bendara Malaysia???


Tarikh 31 Ogos 1957 tercatat satu sejarah di Stadium Merdeka Kuala Lumpur apabila Bapa Kemerdekaan, Almarhum Tunku Abdul Rahman melaungkan kalimah keramat, MERDEKA! sebanyak tiga kali sambil disaksikan puluhan ribu rakyat jelata bagi menyambut Hari Kemerdekaan negara. Pada hari itu juga, bendera Malaysia megah berkibar buat julung kali menggantikan bendera Union Jack sebagai satu simbolik bebas daripada penjajahan British.
Bagaimanapun, tidak ramai yang mengetahui latar belakang pencipta bendera kebangsaan yang kini dikenali Jalur Gemilang. Bendera Malaysia sentiasa gah berkibar di seluruh negara tetapi sayangnya, tidak ramai yang mengetahui dan ingin mengenali siapakan pencipta Bendera Malaysia.

Pencipta Bendera Malaysia ialah Allahyarham Mohamed Hamzah. Beliau adalah anak kedua daripada 10 orang adik beradik. Allahyarham merupakan seorang yang sangar kreatif dan amat meminati lukisan. Sejarah Bendera Malaysia bermula pada tahun 1947 apabila pemerintah pada masa itu mengadakan pertandingan mereka cipta bendera Persekutuan Tanah Melayu. Allahyarham tidak mahu melepaskan peluang keemasan itu untuk menonjolkan bakatnya dalam bidang seni lukisan. Beliau yang pada ketika itu berusia 29 tahun bertungkus lumus menampilkan idea kreatif dan terbaik untuk menyertai pertandingan tersebut. Allahyarhammenamatkan sekolah di English Collage (kini Maktab Sultan Abu Bakar) dan menghembuskan nafas terakhir pada 19 Februari 1993 iaitu 14 hari sebelum usianya genab 75 tahun di rumah keluarganya di Jalan Stulang Baru, Kampung Melayu Majidee. Walaupun beliau tiada lagi, namun kami berharap rakyat seluruh negara mengenang jasa Allahyarham yang mencipta Bendera Malaysia kebanggaan kita semua.


Read More......

Pelancaran Bulan Kemerdekaan Ke3-53


Bulan Kemerdekaan ke-53 Sekolah Kebangsaan Penjom telah dilancarkan pada 16 Ogos 2010. Pelancaran Bulan Kemerdekaan ini telah dirasmikan oleh Guru Besar SK Penjom sendiri iaitu En. Mohd Rosmi b Md. Din. Tema hari merdeka 2010 adalah 1 Malaysia Menjana Transformasi.



Rasional program ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada murid-murid untuk meningkatkan tahap kematangan berfikir, menambahkan keyakinan diri dan memupuk semangat patriotisme.

Matlamat program ini adalah untuk melahirkan murid yang tahu mengenali erti kemerdekaan, menyemai semangat cintakan tanah air dan membentuk jatidiri rakyat Malaysia di kalangan murid-murid.

Read More......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...