SEKOLAH KEBANGSAAN PENJOM KUALA LIPIS PAHANG ~ SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN TAHUN 2014

12 November 2010

Tahniah Atas Kejayaan Warga SK Penjom..


Tahniah diucapkan kepada semua murid darjah 6 sesi persekolahan 2010 kerana berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Seramai 14 orang pelajar telah mendapat 5 A. Manakala seramai 7 orang mendapat 4 A 1 B.

Read More......

02 November 2010

Selamat Menyambut Hari Deepavali...


Di keempatan ini, kami warga SK Penjom ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali diucapkan kepada 3 orang pelajar India SK Penjom iaitu Gunalan, Devendran dan Arvindran serta seluruh rakyat Malaysia. Sempena Perayaan Deepavali ini, SK Penjom akan bercuti pada hari Khami dan Jumaat. Selamat beraya diucapkan kepada semua.. =)

Read More......

Kantin SK Penjom Yang Terbaik....

Satu demi satu kejayaan telah dikecapi oleh SK Penjom. Kini, Kantin SK Penjom pula telah mendapat tempat ke-4 dalam Pertandingan Kebersihan Kantin Sekolah Peringkat Negeri Pahang 2010. Majli penyampaian hadiah telah diadakan di SMK Dato' Shahbandar, Raub pada 29 Oktober 2010. GPK HEM SK Penjom, En. Md Som b Sayed menjadi wakil SK Penjom pada hari berkenaan.






Read More......

12 October 2010

Perkhemahan Unit Beruniform SK Penjom 2010

Sk penjom akan mengadakan perkhemahan unit beruniform untuk tahap 2 pada 13, 14 dan 15 hb Oktober. Perkhemahan ini melibatkan kesemua pelajar tahap dua mengikut unit beruniform masing-masing. Unit Uniform yang terlibat adalah Tunas Puteri, Pengakap, Puteri Islam dan Kadet Remaja Sekolah.

Antara aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan :
• Pertandingan Khemah tercantik
• Ikhtiar hidup (4 Peserta)
• Membina Gajet (4 Peserta)
• Buku Skrap
• Malam Kebudayaan (10 Peserta)
• Gubahan Barang Terbuang
• Ikatan dan Simpulan (4 Peserta)
• Kawad kaki (16 Peserta)
• Explorace (12 Peserta)
• Pertolongan Cemas (4 Peserta)

Antara Gambar-gambar semasa latihan perkhemahan diadakan:




Latihan Malam Kebudayaan
Latihan Membina Gajet

Latihan Ikatan dan Simpulan

Latihan Ikatan dan Simpulan

Read More......

05 October 2010




Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan yang akan berlangsung sepanjang bulan Oktober ini, marilah kita sama-sama menggunakan bahasa Melayu walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Bukan sahaja pada bulan Oktober, Insya-Allah pada bulan-bulan lain, bahasa Melayu tetap diutamakan.

Matlamat Bulan Bahasa 2010

Bulan Bahasa bertujuan untuk:


  • menggalakkan masyarakat Melayu meningkatkan kebolehan berbahasa Melayu, menggunakan bahasa Melayu dengan betul dan berasa bangga setiap kali bertutur dalam bahasa Melayu; dan

  • menyatukan dan menyelaraskan kegiatan-kegiatan bercorak kebahasaan di Singapura sehingga menjadi suatu kegiatan yang penting di peringkat masyarakat dan nasional.

Read More......

27 September 2010

Debaran sebelum UPSR bermula...

Wajah-wajah debaran pelajar dan juga guru sebelum para pelajar menghadapi peperiksaan besar UPSR.








Read More......

23 September 2010

Semoga Berjaya Menghadapi Peperiksaan UPSR




Read More......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...