SEKOLAH KEBANGSAAN PENJOM KUALA LIPIS PAHANG ~ SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN TAHUN 2014

16 August 2010

Tahukah Anda??? Siapakah Pencipta Bendara Malaysia???


Tarikh 31 Ogos 1957 tercatat satu sejarah di Stadium Merdeka Kuala Lumpur apabila Bapa Kemerdekaan, Almarhum Tunku Abdul Rahman melaungkan kalimah keramat, MERDEKA! sebanyak tiga kali sambil disaksikan puluhan ribu rakyat jelata bagi menyambut Hari Kemerdekaan negara. Pada hari itu juga, bendera Malaysia megah berkibar buat julung kali menggantikan bendera Union Jack sebagai satu simbolik bebas daripada penjajahan British.
Bagaimanapun, tidak ramai yang mengetahui latar belakang pencipta bendera kebangsaan yang kini dikenali Jalur Gemilang. Bendera Malaysia sentiasa gah berkibar di seluruh negara tetapi sayangnya, tidak ramai yang mengetahui dan ingin mengenali siapakan pencipta Bendera Malaysia.

Pencipta Bendera Malaysia ialah Allahyarham Mohamed Hamzah. Beliau adalah anak kedua daripada 10 orang adik beradik. Allahyarham merupakan seorang yang sangar kreatif dan amat meminati lukisan. Sejarah Bendera Malaysia bermula pada tahun 1947 apabila pemerintah pada masa itu mengadakan pertandingan mereka cipta bendera Persekutuan Tanah Melayu. Allahyarham tidak mahu melepaskan peluang keemasan itu untuk menonjolkan bakatnya dalam bidang seni lukisan. Beliau yang pada ketika itu berusia 29 tahun bertungkus lumus menampilkan idea kreatif dan terbaik untuk menyertai pertandingan tersebut. Allahyarhammenamatkan sekolah di English Collage (kini Maktab Sultan Abu Bakar) dan menghembuskan nafas terakhir pada 19 Februari 1993 iaitu 14 hari sebelum usianya genab 75 tahun di rumah keluarganya di Jalan Stulang Baru, Kampung Melayu Majidee. Walaupun beliau tiada lagi, namun kami berharap rakyat seluruh negara mengenang jasa Allahyarham yang mencipta Bendera Malaysia kebanggaan kita semua.


3 comments:

Anonymous said...

Terima kasih Allahyarham, walaupun telah lama meninggalkan kita namun peninggalannya amat bermakna dan akan terus bermakna kepada semua rakyat Malaysia.

Unknown said...

WAHAI ALLAHYARHAM,CANTIK SUNGGUH BENDERA YNG KAMU LUKIS.SAYA ADA SERANGKAP PANTUN,TENGOK YE!!!!

1 MALAYSIA NEGARA KITA
BUNGA KEBANGSAAN BUNGA RAYA
KAMI RAKYAT 1 MALAYSIA
KAMI KAGUM DENGAN LUKISAN DICIPTA


WALAUPUN AWAK SUDAH MENINGGAL DUNIA
TIDAK SEMESTINYA AWAK TIDAK TAHU SAYA TELAH MEMBUAT PANTUN,MUNGKIN ALLAH AKAN MEMBERI PANTUN INI KEPADA AWAK.SEMOGA AWAK DITEMPATKAN DI TEMPAT ORANG YANG BERIMAN.....TERIMA KASIH

Unknown said...

WAHAI ALLAHYARHAM,CANTIK SUNGGUH BENDERA YNG KAMU LUKIS.SAYA ADA SERANGKAP PANTUN,TENGOK YE!!!!

1 MALAYSIA NEGARA KITA
BUNGA KEBANGSAAN BUNGA RAYA
KAMI RAKYAT 1 MALAYSIA
KAMI KAGUM DENGAN LUKISAN DICIPTA


WALAUPUN AWAK SUDAH MENINGGAL DUNIA
TIDAK SEMESTINYA AWAK TIDAK TAHU SAYA TELAH MEMBUAT PANTUN,MUNGKIN ALLAH AKAN MEMBERI PANTUN INI KEPADA AWAK.SEMOGA AWAK DITEMPATKAN DI TEMPAT ORANG YANG BERIMAN.....TERIMA KASIH

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...